" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 February 2009

PRK Bukit Selembau Belum Pasti?

BANYAK pihak mula membuat andaian kemungkinan kerusi DUN Bukit Selambau juga tidak akan menyaksikan PRK. Kemungkinan ini kerana SPR mahu meneliti dahulu setiap dokumen sebelum mencapai keputusan mutakamad Jumaat ini.


SPR tidak akan 'mengeruhkan keadaaan' dan tidak boleh keluarkan apa2 kenyataan buat masa sekarang. Ekoran andaian2 pelbagai pihak kini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setiap kekosongan yang wujud akan dilihat 'kes demi kes' bagi menentukan kesahihan kerusi terbabit dikosongkan.


Semasa ditanya, kemungkinan tiada PRK bagi DUN Bukit Selambau, Wan Ahmad berkata, "Saya tidak boleh bercakap tentang perkara itu... kita akan tengok berpandukan pada dokumen yang dilampirkan dan berasaskan pandangan penasihat undang2 SPR. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan... SPR akan mengadakan mesyuarat. Saya belum melihat dokumen notis kekosongan kerusi tersebut, tetapi notis sudah pun diterima semalam dan salinan asal sudah pun dihantar ke pejabat SPR di Putrajaya hari ini."


"Apa yang diputuskan oleh SPR membabitkan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang di Perak minggu lalu tidak seharusnya akan mempengaruhi keputusan membabitkan Bukit Selambau yang terletak di Kedah. SPR akan mengkaji semua dokumen yang dikemukakan mengikut undang2 dan merit sebelum membuat keputusan yang memuaskan. Berdasarkan laporan media, saya difahamkan bahawa surat perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau(Arumugam) telah diterima pejabat MB Kedah menerusi wakilnya."


Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah pula berkata, "Sultan Kedah telah menitahkan pejabatnya supaya Arumugam dipanggil menghadap ke istana berikutan spekulasi bahawa wakil rakyat itu yang mahu meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan exco negeri. Kami tidak dapat menghubunginya. Bagaimanapun, kami menerima surat daripada Arumugam yang menyatakan hasrat beliau untuk meletakan kedua-dua jawatan itu."

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA