" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 February 2009

Menteri Keris Bidas GAPENA-malaysiakini

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini dilaporkan membidas Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) kerana membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran atas dakwaan PPSMI bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996. Hishamuddin dilaporkan mempersoal agenda Gapena kerana baru bertindak selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan.


Semalam, kira-kira 20 aktivis bahasa dan sastera mengiringi Ketua 1 Gapena Tan Sri Ismail Hussin ke Balai Polis Brickfields untuk membuat laporan tersebut. Kira-kira 100 aktivis bahasa dan sastera berkumpul di pejabat Gapena di ibunegara semalam untuk menghadiri program khas bantahan terhadap dasar itu yang dinamakan “Ratip Ratap Bahasa”. Program ini adalah untuk menyuarakan bantahan mereka melalui bacaan sajak dan pidato tokoh-tokoh bahasa.


Kenyataan Hishamuddin itu bagaimanapun dibidas kembali Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang turut memegang jawatan penting dalam GMP. “Hishamuddin membidas tindakan Gapena membuat laporan polis dan juga memperlekeh tindakan GMP yang akan menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac depan. Demi masa depan generasi akan datang, saya mencabar Hishamuddin berdebat dengan GMP berhubung kesan pelaksanaan PPSMI terhadap generasi akan datang dan pemerkasaan bahasa Melayu di Malaysia.”


Menjawab soalan, Dr Hassan yang juga pengerusi Yayasan Karyawan mengakui bahawa program bantahan anajuran Gapena semalam tidak besar. Beliau bagaimanapun menafikan ia menandakan bantahan terhadap PPSMI sudah mengendurnya. "kemungkinan orang ramai mempunyai komitmen lain seperti bekerja pada masa itu.


Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu juga belum pasti jumlah kehadiran yang akan berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong 7 Mac ini kerana belum mendapat statistik itu daripada penyokng mereka di peringkat negeri.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA