" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 February 2009

74% Pengundi Di Perak Mahukan DUN Di Bubarkan

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74% mahukan DUN dibubarkan manakala 76% pengundi juga ingin melihat 'pilihan raya menerusi rakyat' diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.


"Hanya 21% responden mengatakan bahawa pihak 'istana mempunyai hak' untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata. Malah, 62% lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak. Hanya 29% yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center.


Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak dan seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.


Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33% responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35% lagi mengatakan PRK wajar diadakan di kawasan yang Adunnya keluar parti manakala 28% mahukan kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA