" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 February 2009

Diharapkan P/Lah Kekalkan Jawatan Sehingga PRU-13

Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS)
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut. Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Jangan mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu. Kejadian penculikan 3 bekas Adun PR di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi.

Cara yang digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri tidak kena dari segi adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat. Saya tak dapat terima cara Najib memancing 3 Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen. Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang suka menyembunyikan orang.

Oleh itu saya berharap agar P/Lah mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi PRU-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA