" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 February 2009

Suspek Tukang Foto Curi Di Panggil Polis

UPDATE(4:30pm):Teman lelaki Adun Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel wanita itu hari ini. "Teman lelaki wakil rakyat itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya. Pihak polis menerima 2 keping gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu dalam bentuk kepingan dan cakera padat dari seorang wartawan Malay Mail. 2 wartawan Malay Mail dan 2 wartawan The Sun telahpun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung artikel pengedaran gambar berkenaan," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Di samping itu, katanya, polis juga sedang memantau laman2 web yang menyiarkan foto2 tersebut. Khalid juga menasihatkan mereka yang memiliki foto wakil rakyat tersebut supaya memusnahkannya atau menyerahkannya kepada polis. Beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati menyebarkan foto tersebut. Difahamkan, sepasukan polis dari jabatan forensik telah memeriksa rumah Elizabeth di Petaling Jaya tengahari tadi.


Bekas teman lelaki Elizabeth itu, seorang ahli PKR, adalah bekas pembantu kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Ketika ditemui di lobi Parlimen, Hee berkata, beliau tidak tahu di mana bekas pembantunya itu berada dan enggan menjawab soalan berhubung perkara itu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA