" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 February 2009

Mengimbau Kerosakan Dalam UMNO-malaysiakini

Pada tahun 1987, UMNO mengadakan Pemilihan Partinya. Buat pertama kali sejak 12 tahun yang lalu, jawatan Presidennya dicabar. Tengku Razaleigh Hamzah(Ku Li) yang merupakan calon "Pasukan B" telah mencabar Dr Mahathir daripada kem yang digelarkan "Pasukan A".

Oleh itu, wujudlah satu kempen yang amat gigih untuk mendapat sokongan daripada lebih kurang 1,500 wakil cawangan di seluruh negara yang akan memilih pegawai2 parti. Penyokong2 Ku Li mengharapkan beliau akan menang, dan dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama selepas pengiraan undi, terdapat khabar2 angin bahawa beliau telah menang. Bagaimanapun, keputusan rasmi mengisytiharkan Mahathir sebagai pemenang, dengan 761 undi berbanding 718 undi untuk Ku Li.

Ghafar Baba, calon Pasukan A untuk Timbalan Presiden, menewaskan Musa Hitam daripada Pasukan B, dan Pasukan A juga memenangi 16 daripada 25 dalam Majlis Agung UMNO. Penyokong2 Ku Li berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi. Mahathir membuat kemarahan mereka bertambah buruk apabila beliau menyingkirkan semua ahli Pasukan B daripada Kabinetnya.

Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru. Plaintif2 itu mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan2 yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu, tidak layak mengundi.

Mereka juga mendakwa bahawa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah "diubah". Walaupun Ku Li bukannya antara kedua belas plaintif itu, beliau dipercayai secara meluas sebagai pembiaya dan penyelaras tuntutan mahkamah ini.

Kemudian, salah satu daripada dua belas plaintif itu menarik diri (mereka kemudiannya dikenali UMNO 11), tetapi sebelas plaintif yang tinggal meneruskan tuntutan mahkamah mereka. Makhamah Tinggi akhirnya memberikan kedua-dua pihak dua minggu untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Sebuah "Panel Perpaduan" UMNO dibentuk untuk menangani perundingan2 supaya dapat bertolak ansur. Bagaimanapun, perbezaan2 antara mereka jelas sukar diselesaikan. Pasukan B mendesak untuk mengadakan pemilihan baru, manakala Pasukan A mendesak bahawa tuntutan mahkamah ditarik balik dan satu penyelesaian menutup malu dicapai untuk membenarkan sebilangan ahli daripada Pasukan B untuk mengekalkan keahlian mereka dalam parti. Akhirnya, sebelas plaintif itu mengisytiharkan bahawa mereka akan mendapat penghakiman muktamad daripada mahkamah.

Ini tidak menyenangkan hati Dr. Mahathir yang pernah beberapa kali bertelingkah dengan badan kehakiman. Dalam satu peristiwa, satu perintah kerajaan yang membatalkan permit kerja untuk dua orang wartawan asing yang kritis terhadap kerajaan Mahathir telah ditolak oleh Mahkamah Agung.

Mahathir memulakan bidasan2 hangat terhadap badan kehakiman. Sebaik sahaja Dr. Mahathir membuat kenyataan yang terakhir, kerajaan menugasi semula beberapa hakim Mahkamah Tinggi ke bahagian yang lain, termasuk Hakim Harun Hashim yang sedang mendengar kes UMNO.

Bagaimanapun, dari mula kes itu telah berlangsung, pemindahan Harun tidak akan dikuatkuasakan sehingga kes itu ditutup. Oleh itu, Harun terpaksa membuat keputusan terakhir untuk kes "UMNO 11". Akhirnya, Harun mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah "pertubuhan yang tidak sah" dan dengan itu, "apa yang terjadi pada tahun 1987" tidak sah di sisi undang2.

2 minggu selepas keputusan Harun, Dr. Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO Baru. Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli2 Pasukan A yang kemudian memulakan pemindahan aset UMNO "lama" ke UMNO baru dalam bulan2 yang berikut. UMNO 11 meneruskan kes mereka ke mahkamah yang tertinggi di dalam negara, iaitu Mahkamah Agung, untuk memulihkan status UMNO "lama" serta untuk mengadakan pemilihan baru. Bagaimanapun, rayuan mereka ditolak.

Ku Li kemudian memutuskan untuk membentuk parti baru yang menumpukan kepada "semangat 1946", iaitu tahun UMNO diasaskan. UMNO Baru kemudian memutuskan bahawa perkataan "Baru" tidak diperlukan, dan menggugurkannya secara rasmi dan oleh itu, menuntut diri sebagai waris UMNO yang benar, bukannya parti Ku Li. Akhirnya, beliau menggunakan nama Semangat 46 untuk partinya yang baru.

Disinilah bermulanya bunga2 perpecahan dalaman UMNO yang menjurus kearah kerosakan kepada parti Melayu ini. Dan yang terakhir sekali pada 1998 semasa Dr Mahathir dengan rakusnya memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mencipta konspirasi Dakwaan Liwat terhadap beliau...Oleh itu, siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan diatas apa yang telah berlaku keatas parti yang dahulunya menjadi sebuah parti yang GAH dimata rakyat Malaysia?

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA