" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 February 2009

Antara Komen Pemimpin PR-malaysiakini

YB Mahfuz Omar
UMNO/BN tidak dapat menerima realiti sebenar bahawa rakyat, khususnya orang melayu sudah menolak kepimpinan mereka yang buruk dan menjijikkan. Mereka seboleh-bolehnya berusaha mengelakkan pilihanraya kerana bimbang keputusannya terus menyebelahi PR selepas tewas di Permatang Puah dan Kuala Terengganu.

Perbuatan Najib yang merampas kuasa di Perak tak ubah seperti kelakuan regim zionis Yahudi. Dengan tertubuhnya kerajaan BN Perak, ia adalah kerajaan haram kedua di dunia, yang pertama kerajaan haram Israel. Saya berharap rakyat akan turut bersama menyokong perjuangan PR yang akan menempuh PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak berapa lama lagi.

YB Husam Musa
Saya berharap supaya Sultan Azlan Shah mendengar suara rakyat. Yang membolehkan kita merumuskan bahawa cara (Datuk Seri) Nizar dipecat adalah tidak sah di sisi undang2, maka angkat sumpahnya Datuk Zambry (sebagai MB) adalah juga tidak sah. Saya ingin menegaskan bahawa institusi Raja sepatutnya berkecuali, mereka adalah raja semua rakyat.

YB Azmin Ali
Saya yakin bahawa rakyat akan memberikan mesej yang jelas sekali lagi terhadap pendirian mereka menolak BN. 'Mereka untung secupak tetapi akan rugi segantang' dan kerugian mereka akan bermula dari Bukit Gantang. Saya juga menyelar langkah SPR untuk menetapkan PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehari selepas Perhimpunan UMNO kononnya di atas alasan untuk melihat politik Perak stabil terlebih dahulu. Nak menentukan kestabilan politik negeri Perak ialah rakyat Perak, bukan UMNO, bukan SPR, bukan Polis dan jangan heret Istana dalam kes ini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA