Umno/BN sebagai pembangkang di Selangor terus berusaha menimbulkan kekeliruan dan mengucarkacirkan kepercayaan rakyat negeri ini terhadap kesepaduan kerajaan PR dengan menyebarkan berita palsu kononnya Adun PKR telah keluar daripada partinya. Sehubungan itu,Badrul Hisham Abdul (Adun Pelabuhan Kelang) sedang berbincang dengan panel peguam dan penasihat undang2 PKR untuk mengambil tindakan terhadap media yang membuat laporan palsu.
Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali di Dewan Annex, Shah Alam hari ini, beliau menegaskan pendiriannya masih tetap bersama dengan PR. Laporan media oleh Agenda Daily dan TV3 sama sekali tidak benar dan merupakan helah pembangkang (Umno-BN) bagi menimbulkan kekeliruan dalam kerajaan PR di Selangor.
"Saya masih menjalankan tugas sebagai Adun Pelabuhan Klang seperti biasa. Komitmen saya masih teguh dan tidak berbelah bagi kepada parti KeADILan dan kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," tegas beliau.
Berhubung aduan yang mengatakan beliau sukar ditemui pengundi di Dun katanya, "saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang telah diutarakan dan komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat."

No comments:
Post a Comment