" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 February 2009

Setelah Perak, Najib Pilih Sarawak

Setelah berhasil menimbulkan ribut sebaik sahaja merampas kuasa di Perak, Najib yang dicari-cari oleh rakyat Perak rupa-rupanya muncul di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri itu menyampaikan bantuan kepada sekolah bantuan kerajaan mubaligh serta kepada mangsa banjir berjumlah RM10.51 juta semasa mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Sarawak.

Ketibaan Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu malam, telah disambut oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menteri kabinet negeri, ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Pada keesokan hari, beliau menerima anugerah kedua tertinggi negeri iaitu Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang yang membawa gelaran "Datuk Patinggi" daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana.

Upacara penganugerahan itu dilakukan sempena ulang tahun ke-45 Sarawak Maju Dalam Malaysia. Permerhati politik melihat ia sebagai permulaan kempen pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

Najib yang telah menyebabkan huru-hara berlaku di negeri Perak telah dinasihatkan oleh pihak polis untuk tidak melawat Perak sebelum ini diatas faktor keselamatan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA