" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 February 2009

ADUN Jelapang DiHalau Dari Premis

DUN Jelapang Hee Yit Foong yang melompat dari DAP untuk menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional hari ini diarahkan untuk mengosongkan ruang kedai yang dijadikan pusat perkhidmatan untuk rakyat di kawasan DUNnya demikian di laporkan oleh Sin Chew Daily.

Pemilik kedai berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Mani, menyatakan dia khuatir para penduduk akan menunjukkan rasa kecewa mereka dengan merosakkan premis berkenaan akibat tindakan Hee yang melompat parti keluar dari DAP.

Mani, yang membuka sebuah kedai gunting rambut, berkongsi separuh dari premisnya dengan Hee. Beliau telah dilaporkan berkata: “Hee, tolong turunkan papantanda dan keluarkan barang-barang anda. Saya tak mahu sewakan premis ini kepada anda lagi.

“Kebelakangan ini, ramai penduduk yang datang bertanya kepada saya untuk bertanya di aman anda berada. Saya rasa tak berapa senang. Itu salah satu sebab saya bercadang tidak mahu menyewakan premis ini kepadanya lagi,” tambah beliau.

Menurut Mani, Hee menyewa premis tersebut sejak Disember lalu dengan kadar RM320 sebulan. Dia telah membuat pembayaran dua bulan deposit, dan tambahan RM200 untuk deposit eletrik.

Dengan mengarahkan Hee untuk mengeluarkan komputer, meja dan kerusinya sehingga Mac ini, Mani berharap beliau akan menghubunginya segera untuk membereskan masalah tersebut.

Sin Chew melaporkan kali terakhir Hee muncul di pusat berkenaan ialah pada 22 Jan bila dia membahagikan beberapa hadiah untuk golongan tua sempena perayaan Tahun Baru Cina.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA