" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 February 2009

Arus Perubahan Ini Akan Melanda Serawak?

Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu. Beliau dimaklumkan mengenai larangan tersebut semasa beliau baru sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching tengahari tadi.

Beliau berkata,"Selepas menunjukkan kad pengenalan saya, pegawai imigresen memberitahu saya, "Sorry, ada masalah'. Lima belas minit kemudiannya, seorang pegawai kanan imigresen memberitahu yang nama saya telah disenaraihitamkan."

Satu notis rasmi telah diserahkan kepada beliau menyatakan yang beliau tidak layak memasuk negeri itu tanpa permit, mengikut Seksyen 66 (1) Akta Imigresen. Beliau bingung dengan larangan tersebut memandangkan beliau masih dibenarkan memasuki Sarawak Julai lalu. Beliau percaya larangan ke atasnya itu baru diputuskan.

Beliau berkata lagi,"ini menunjukkan lebih ramai daripada kami yang telah disenaraihitamkan dan juga menunjukkan wujud rasa tidak selamat di pihak kerajaan negeri, mungkin ada kaitan dengan pilihanraya negeri yang akan datang. Saya akan mencabar larangan ini di mahkamah tidak lama lagi."

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA