" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 February 2009

Demonstrasi bantah tol NPE di PJS 2


Lebih 200 penduduk setempat dan pemimpin pembangkang berdemonstrasi bantah kerajaan yang hanya memansuhkan bayaran tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ke Kuala Lumpur sahaja sedangkan lebih 30 ribu pengguna harian melalui jalan tersebut menghala ke Bandar Sunway masih dikenakan bayaran RM1.60 sehala.

Antara yang hadir dan memberi ucapan adalah MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne. Menurut penduduk setempat asalnya jalan itu adalah Jalan Kelang Lama yang mereka lalui sejak puluhan tahun tanpa tol. Mereka tidak membantah kutipan tol di lebuhraya bertingkat berdekatan.

Menurut tinjauan KLpos yang membuat liputan berhampiran tol menghala ke Bandar Sunway mendapati pengguna yang melalui kawasan tersebut membunyikan hon tanda sokongan.

Sebelum kerajaan mengumumkan memansuhkan kutipan tol beberapa hari lepas, Umno bahagian Petaling Jaya Selatan telah berdemonstrasi dua kali bagi membantah kutipan tol tersebut.

Setelah dimansuhkan tol tersebut orang ramai termasuk semua penyokong parti kerajaan dan pembangkang meraikan kejayaan mereka dengan mengibarkan bendera parti masing-masing.

Dua hari lepas kerajaan mengumumkan utipan tol Petaling Jaya Selatan 2 arah Kuala Lumpur, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dimansuhkan berkuat kuasa serta merta. Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA