" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 February 2009

Dimanakah Keadilan.......?-malaysiakini

Ini Bila Kes2 Yang Melibatkan PR
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa berhubung tuduhan beliau telah menyalahguna kuasanya dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya.Menurut Utusan Online, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut. Kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

Lihat Pula Bila Kes2 Yang Melibatkan BN
Ketua pembangkang (DSAI) mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai butiran usaha memujuk wakil2 rakyat PR di Kedah agar melompat kepada BN tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Beliau berkata suruhanjaya tersebut, dulu dikenali Badan Pencegah Rasuah (BPR), mengetahui sejak awal usaha menumbangkan kerajaan Kedah, termasuk yang dijalankan oleh bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Beliau mendedahkannya sewaktu membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat semalam. Beberapa juta ringgit pernah ditawarkan kepada Ahli2 Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di negeri itu antara April hingga Julai lalu, termasuk penghujung tahun lepas. Beliau turut mendakwa pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi merakam rundingan BN dengan wakil2 rakyat PR kemudiannya ditukar.

Ini Berkenaan Report Polis Yang Dibuat Oleh DSAI
Saya telahpun membuat laporan polis ke atas Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 1hb Julai 2008 berhubung pembabitan mereka di dalam memalsukan bukti/keterangan penyiasatan kes serangan Rahim Noor ke atas saya.

Saya kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenal sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, walaupun sudah 8 bulan berlalu.

Kita diberitahu oleh Menteri di JPM Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, bahawa kertas siasatan tersebut sudah pun berada di Kamar Peguam Negara. Kita merasa ragu akan kebebasan siasatan tersebut kerana Peguam Negara sendiri terbabit sebagai mereka yang berkonspirasi memalsukan bukti.

DSAI

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA