
Polis hari ini menasihatkan bekas teman lelaki Elizabeth Wong supaya tampil membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel exco kerajaan negeri Selangor itu. Lelaki berusia 30-an itu disahkan oleh polis sebagai Hilmi Malek, kini dipercayai berada di Indonesia.
Ketua Polis KL, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata,"Pihak polis percaya gambar itu telah dirakam oleh orang yang dikenali oleh pengadu (Elizabeth). Maka polis meminta pihak media supaya jangan membuat spekulasi atau menokok tambah cerita dalam kes ini. Pihak polis juga tidak mahu hal2 peribadi pengadu dan mana2 pihak dispekulasikan."
No comments:
Post a Comment