" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

16 February 2009

Ku Li Mengulas Isu Di Perak

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Perlembagaan memberi peruntukan supaya melakukan ujian yang formal dan muktamad untuk mengetahui betapa kuat sokongan, atau keizinan, yang diberi kepada kerajaan itu. Untuk menguji secara formal mandat kerajaan semasa, samada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, ia mesti dilakukan oleh rakyat melalui pilihanraya, atau melalui undian di dalam Dewan Undangan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan. Ini sahaja cara yang muktamad dalam sebuah demokrasi berperlembagaan. Kuasa yang sah hanya boleh didirikan melalui cara-cara demokratik yang tertera di dalam Perlembagaan kita. Ia bertentangan daripada kekuasaan yang dijual-beli atau diambil secara paksa.

Mengikut Perlembagaan, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar sehinggalah beliau sendiri meletakkan jawatannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri semasa ia bersesi. Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan untuk pemecatan dengan cara lain, walaupun mengemukakan petisyen ataupun diarah oleh mana-mana kuasa lain.

Apakah pandangan Tengku Razaleigh Hamzah yang bersalahan dengan pendirian pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang tampuk kepimpinan parti boleh dianggap sebagai "penderhaka" sepertimana mereka mengecap rakyat yang tidak berpuas hati kepada tindakan Najib yang merampas kuasa secara tidak demokratik sebagai penderhaka juga?

Apakah blogger2 yang menyampai suara hati rakyat yang tidak berpuashati itu dicapkan juga sebagai penderhaka?

Dan apakah semua 'penderhaka2' termasuk dengan Tengku Razaleigh Hamzah hendak ditahan dan ditangkap oleh pihak Polis di atas alasan superficial mereka 'menggugat ketenteraman awam?'

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA