" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 February 2009

PKR Gesa Musa & Mufti Letak Jawatan..?

PKR, menggesa KM Sabah, Datuk Musa Haji Aman dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi meletakkan jawatan kerana terlibat dan bersubahat dengan kegiatan tidak bermoral.

Ketua Bahagian PKR Lahad Datu, Johani Abdul Halim mendesak agar Musa Aman dan Mufti Negeri memikul tanggung jawab mereka sebagai umat Islam dengan meletakkan jawatan masing-masing disebabkan mereka gagal menjaga syiar Islam di Sabah.

“Kalau KM boleh menari dengan anak Mufti Negeri di bilik yang tertutup, apa pandangan mayarakat dan Umat Islam apabila BN mempertikai gambar bogel Elizabeth Wong yang menjadi mangsa,” ujar Johani yang merasa malu dengan perlakuan Musa Aman yang mengaku sebagai pemimpin Islam sehingga sanggup menganggu agama orang lain dan mahu dianggap sebagai hero umat Islam.

Apakah kerana KM boleh mengarahkan Mufti Negeri mengeluarkan fatwa kepada agama lain, maka tanya Johan, apakah dia boleh sewenang-wenangnya menari dengan anak Mufti tanpa kehadiran suaminya?

“Walaupun ianya majlis eksklusif yang hanya dihadiri oleh 50 tetamu khas, namun apakah Musa Aman merebut peluang berkenaan melakukan maksiat menari dengan isteri orang?,” tanya Johan yang merpersoalkan motif Musa menghadiri majlis tertutup tersebut, lebih-lebih lagi pada Hari Valentine.

Johan yang menghubungi sabahkini.net melahirkan rasa kesal kerana pemimpin UMNO hanya melihat kuman di seberang mata dan seolah-olah tidak melihat gajah di hadapan mata.

Masyarakat luar beranggapan, jika di khalayak ramai Musa menunjukkan contoh yang tidak baik iaitu menari dengan isteri orang, maka Musa tidak harus marah apabila masyarakat beranggapan Musa akan melakukan tindakan lebih berani kerana Maizatul adalah Setaiusaha Politiknya.

Sehubungan itu, kata Johan adalah lebih baik bagi Musa dan Mufti berundur kerana telah mencemarkan ajaran Islam dan tidak wajar mendakwa diri mereka pemimpin Islam.

“Terlalu dayus lelaki yang membiarkan wanita dipergunakan sesuka hati oleh lelaki lain,” ujar Johan yang kesal kerana kejadian tersebut berlaku di bumi Anbia iaitu tempat kedatangan Islam ke Sabah.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA