UPDATE(3.30pm):Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum. Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam. Difahamkan foto2 yang dirakam tanpa kebenarannya itu berkemungkinan telah dirakam oleh seorang bekas teman lelakinya sewaktu beliau sedang tidur.
Beliau berkata, "Saya menjadi mangsa dalam insiden ini. Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya separuh bertelanjang dalam keadaan tidur dan juga dalam posisi intim. Ia dilakukan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab bagi memalukan dan mencemarkan nama baik saya."
No comments:
Post a Comment