Kita semakin hampir kepada pemilihan Agung UMNO. Pak Lah sedang melalui sia-sia hidup beliau sebagai Presiden UMNO dan kepimpinan UMNO akan berubah kepada Najib Tun Abdul Razak tidak lama lagi. Kedudukan UMNO tidak seselesa dahulu. UMNO bergolak, dicabar dan tercabar sehingga ada yang menjangka bahawa UMNO turut akan melalui zaman kejatuhan pada PRU13 nanti.
Apa pula yang mahu dilaksanakan oleh Najib sebagai usaha mengembalikan kedudukan UMNO yang semakin hari semakin meruncing – semakin terpinggir dan semakin jauh. Adakah tindakan seperti di Perak dapat mengembalikan keyakinan sokongan kepada UMNO.
Ironis sekali – apabila isu lompat dan melobi wakil rakyat yang mahu dilakukan oleh PR ia kelihatan seolah-olah di halalkan oleh rakyat dan apabila ia dilakukan oleh UMNO (kerajaan BN) ianya dilabel sebagai satu tindakan terdesak – tidak demokratis dan tidak bermoral. Bukankah ini memberi sesuatu petunjuk tentang kedudukan UMNO.
Kedudukan UMNO amat getir sekali sehingga sebarang tindakan berbentuk demonstrasi yang dilakukan oleh UMNO akan dilabel sebagai suara kepimpinan UMNO dan bukan suara rakyat sedangkan demonstrasi tajaan PR pula gah dibicarakan sebagai suara rakyat. Ini juga memberi petunjuk bahawa UMNO hari ini sudah mula tewas dan jalan untuk mengembalikan UMNO kepada tahap yang di kira selesa di mata dan hati rakyat adalah dan sebarang perbuatan dan perlakuan UMNO sentiasa di kritik.
UMNO semakin jauh. Ini diakui oleh kepimpinan UMNO sendiri. Kenapa dan mengapa? Jawapan sebenarnya ada pada UMNO tetapi segelintir kepimpinan UMNO masih rabun untuk melihat betapa peri pentingnya mereka bangkit dari masih berpaut pada alam lama atau legasi yang semakin lama semakin terlerai. Semakin hari semakin buruk UMNO dan INI ADALAH HAKIKAT yang perlu UMNO terima.
UMNO tidak lagi seselesa dahulu dalam mendapat sokongan rakyat. UMNO sudah seakan pudar sebagai pembela Melayu dan bukan lagi mudah untuk UMNO memenangi sesuatu pilihan raya. UMNO terpaksa berusaha keras – menggunakan segala yang ada semata-mata untuk mendapat undi. Kalau bukan kerana legasi dan kalau bukan kerana tindakan-tindakan yang melobi undi yang dianggap tidak mempunyai etika – UMNO dan BN PASTI LUMPUH. Ini adalah kedudukan UMNO. Ini adalah hakikat yang ada pada UMNO. Adakah UMNO mampu berubah? Apakah yang boleh mengubah senario kedudukan UMNO?
JOM bicara perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO. Kita berbicara secara jujur dan terbuka. Kita mahukan UMNO berubah dan mampu di terima oleh rakyat. Kita tidak mahu kepimpinan yang menjerit-jerit mengatakan bahawa pembangkang memfitnah tetapi terkial-kial mencari hujah untuk mengatakan bahawa mereka memfitnah. Kita mahu mengkaji kesalahan kita dalam UMNO terlebih dahulu sebelum kita mengatakan rakyat tidak tahu menilai antara yang baik dan yang buruk. Hasil dari perbincangan ini kita rumuskan pula sama ada UMNO masih relevan atau pun tidak untuk perjuangan orang Melayu.
(UMNO REFORM2)
No comments:
Post a Comment