" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 February 2009

SPR Perlewatkan P'raya Hanya Kerana UMNO

Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Nawi berkata, tempoh tarikh pilihan raya yang mengambil masa yang begitu lama telah mengulangi sejarah kali kedua selepas pilihan raya di Parlimen Pendang dan DUN Lunas.

SPR memberi peluang kepada Umno untuk bersiap sedia menyusun jentera parti selepas parti itu mengadakan Perhimpunan Agung Umno. Mengapa SPR boleh mempercepatkan tarikh Penamaan Calon dan membuang undi di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu? Dalam menghadapi pilihan raya, SPR sepatutnya bebas dan tidak meletakkan mana2 parti dalam kecenderungannya.

Memang benar dalam Perlembagaan, tempoh pilihan raya selama 60 hari tetapi paling bagus jika diadakan cepat kerana masyarakat di DUN dan Parlimen tersebut memerlukan pemimpin. Jika dilihat keadaan sekarang khususnya di Perak, rakyat jadi keliru negeri tidak stabil manakala pemimpin negeri BN pula tidak yakin untuk mentadbir negeri.

Biarlah rakyat membuat pilihan siapa pemimpin yang layak untuk memimpin mereka dan tidak perlu menunggu sehingga 58 hari. Seandainya sekarang ini PAS mengadakan pemilihan dalam Muktamar partinya, apakah SPR bersedia untuk melewatkan tarikh pilihan raya? SPR mesti telus dan adil dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa berpihak kepada mana2 parti politik.

Krisis politik yang berlaku di Perak sekarang ini boleh diibarat 'Kapal yang hendak karam'. Hanya pemimpin yang dipilih oleh rakyat sahaja yang boleh menyelamatkan kapal tersebut.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA