" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 February 2009

Lagi2 slogan Melayu! Hak Melayu Siapa yang Gadai?

Ramai pengunjung, sms, emel yang diterima musykil dengan kebisuan saya berdepan dengan kecaman keras YB Karpal. Sdr Karpal adalah sahabat dan peguam handal yang begitu prihatin dengan kesengsaraan kami akibat kezaliman penguasa Umno-Bn.



Maka saya memilih berdiam dulu kerana sebarang keputusan isu dasar yang diumumkan adalah muafakat bersama dalam rangka Pakatan, setelah ada pertemuan di antara pimpinan Keadilan, Pas dan Dap. Saya juga sedar bahawa kenyataan Sdr Karpal sengaja dibesarkan oleh media Umno-Bn khususnya Utusan dan TV3.



Sekonyong-konyong beliau menjadi tokoh besar semata-mata kerana menegur saya. Keesokannya pula, lantaran pemuda umno muncul menjerit slogan Raja Melayu dan pengkhianat, maka sosok Sdr Karpal kembali sebagai anti Raja dan pengkhianat!



Memang benar saya tidak bersetuju dengan cadangan menyaman Sultan walaupun cenderung menyokong tindakan menyaman kerajaan baru Perak yang tidak sah; tetapi ugutan pemuda umno termasuk menggunakan ISA dan tekanan polis adalah keterlaluan. Hak dan kebebasan beliau menyuarakan pandangan harus dihormati. Mengapa Umno pura-pura jahil dengan telatah melampau puak mereka menghina Sultan Terengganu, dan sebelum itu meminda Perlembagaan menghakis kusasa Raja dan akhirnya meluputkan kekebalan Raja?



Lagi2 slogan Melayu, Melayu. Alahai, bukit, pulau, empangan, balak, tanah, kontrak, saham kesemuannya bernilai ratusan bilion ringgit dirompak dan digadai oleh siapa?



ANWAR IBRAHIM

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA