" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 February 2009

MB Selangor Saman Khir Toyo-malaysiakini

MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman terhadap bekas MB, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Saman tersebut difailkan oleh peguam plaintif, S.N. Nair pada pukul 12.15 tengah hari.

Kedua-dua saman tersebut dibuat berhubung perkataan yang didakwa memfitnah Abdul Khalid seperti yang disiarkan dalam laporan akhbar mengenai pembelian 46 ekor lembu korban dan 15 kereta Toyota Camry.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif tidak menyatakan berapakah jumlah pampasan yang diminta dan sebaliknya memohon mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Selain itu, plaintif memohon injunksi untuk menegah Mohd. Khir yang juga merupakan defendan daripada melafaz, bercakap, menulis atau menerbitkan artikel yang memfitnahnya.

Awal tahun ini Khir mendedahkan yang beliau mempunyai salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November tahun lepas yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNs), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Bekas MB Selangor itu juga mendakwa mempunyai resit pembayaran bagi lembu berkenaan berjumlah RM110,400 bertarikh 16 Disember dan memberitahu kesemua bukti itu telah diposkan kepadanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan Dr. Mohamad Khir itu, Abdul Khalid berkata, "(Dakwaan) Tidak berapa betul kerana saya hanya beri senarai surau di Bandar Tun Razak apabila PKNS putuskan untuk serah lembu di kawasan itu setelah mendermakan lembu di seluruh kawasan Selangor. PKNS dan anak syarikatnya hanya menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya sahaja," kata beliau.

Khalid pada 4 Feb 2009 telah menyerahkan surat tuntutan kepada Khir Toyo supaya beliau memohon maaf dan menarik balik pernyataan fitnah yang dibuatnya.

Khalid telah menyerahkan surat tuntutan itu melalui firma guaman Sankara Narayanan Nair & Partners.

Sankara Nair berkata, surat tuntutan itu dibuat berdasarkan arahan anak guamnya yang mahukan Mohd. Khir menarik balik kenyataan yang telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, 23 Januari lalu berkaitan salah guna wang kerajaan negeri membeli 46 ekor lembu korban.

Satu lagi notis tuntutan dibuat berdasarkan laporan News Straits Times 15 Januari lalu yang bertajuk Lexus is my own, says Khalid.

'Kedua-dua artikel yang diterbitkan itu telah mencemarkan imej anak guam saya yang terbukti bahawa kenyataan Khir Toyo adalah berbaur hasutan dan surat tuntutan telah dihantar kepadanya supaya menarik balik segala tohmahan dalam masa tujuh hari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sankara Nair memberitahu, anak guamnya hanya mahukan Mohd. Khir menarik balik dan memohon maaf di atas kenyataannya di dalam kedua-dua akhbar tersebut secara terbuka.

Beliau berkata, arahan daripada anak guamnya itu hanya mahukan bekas Menteri Besar Selangor bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut selain membersihkan dirinya daripada tuduhan yang tidak berasas.

"Kita memberi tempoh kepada Mohd. Khir untuk menarik balik dan memohon maaf dan jika beliau enggan berbuat demikian kita akan meneruskan saman terhadapnya," ujarnya.

Dan hari ini apabila surat tuntutan itu tidak diindahkan, maka saman ke atas Khir diteruskan.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA