Turut kelihatan di pekarangan Mahkamah Tinggi itu adalah, Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam), Charles Santiago(Ahli Parlimen Kalng) dan pimpinan PKR antaranya,Kamarul Baharin.
Sebelum ini, Nizar dalam satu kenyataannya kepada akhbar online berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan untuk mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah pada pukul 11.30 pagi hari ini.
"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya. Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.
Beliau berkata, PR akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu.
No comments:
Post a Comment