Beliau berkata,"Ini kerana Kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang. Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan. Jahat. Inilah fikiran gangster.
Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh 'gangster2' itu? Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya. Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa.
Saya masih bertegas bahawa pilihan raya semula hendaklah diadakan di Perak. MB Ir Nizar sudah pun menyembahkan perkara itu kepada Tuanku (Sultan Perak) supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan."
No comments:
Post a Comment