" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 February 2009

Perak Bukti Terakhir Sebelum UMNO Karam-malaysiakini

Apabila tindakan UMNO-BN bertindak bagai rejim israel menubuhkan kerajaan haram di Perak dengan membelakangi hak rakyat,ia bukanlah suatu yang pelik lagi ajaib. UMNO kini sebenarnya bukan lagi pertubuhan yang bermaruah dan layak memerintah lagi.

Perlembagaan UMNO yang merangkumi beberapa beberapa fasal dicabuli oleh pimpinan mereka sendiri.

Pimpinan UMNO yang pada kulitnya di tunjangi Pak Lah kini tetapi isi yang sebenarnya adalah diatas kekuasaan Najib dan kroni serta proksi Mahathir telah mejalangi UMNO dulu,kini dan selamanya. UMNO kini bukan lagi pertubuhan Melayu yang dasar penubuhan adalah untuk membela Melayu tapi lebih kepada 'Untuk Memuaskan Nafsu Orang-orang aku'.

Perlembagaan dan kod tatacara keahlian UMNO diinjak bagai tisu tandas menyapu punggung pimpinan mereka,demi kerakusan dan kekuasaan Najib dan baninya.

Pencabulan dan peminggiran perlembaagaan mereka sendiri bermula apabila tiada tindakan yang sepatut keatas mereka yang melanggarnya, Fasal 20 dalam pelembagaan berkaitan disiplin ahli dan tataetika ahli UMNO dalam perkara 3 berkaitan kesetian. Individu yang terlibat bukannya individu yang mana peringkat bawahan tetapi pihak atasan.

Perbuatan dan pengkhianatan mereka ini jelas menunjukkan mereka adalah golongan yang tidak layak memegang tampuk pemerintahan malahan akan membuatkan perlembagaan negara ini juga dicabuli mereka. Tidak mustahil kerana ini dilakukan di Perak dan terlebih awal keatas bahagian 9 perlembagaan persekutuan mengenai kehakiman.

Pencabulan pimpinan UMNO ketika dibawah Mahathir pada 1988 dan mengakibatkan pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu dan rentetannya sebagai yang dinyatakan dalam Wikipedia Bahasa Melayu iaitu melalui artikel Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 menyatakan satu siri peristiwa yang dicetuskan oleh pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

Pemecatannya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. (BERSAMBUNG.......)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA