" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

15 February 2009

PPSMI: Gapena Buat Laporan Polis

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini membuat satu laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia ekoran keengganan kementerian terbabit memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Dato' Pendita Dr Haji Ismail Hussein di balai polis Brickfields pada 12.30 tengah hari tadi.

Gapena dalam laporan tersebut menyatakan sebab-sebab bantahan mereka antaranya kerana pelaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152 (1) dan 152 (6), Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 17(1) Akta 550, memperuntukkan Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain dikecualikan daripada sub seksyen ini," jelas Ismail dalam sidang media di luar balai polis selepas membuat laporan tersebut.

Selain itu, kata Ismail, Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang bahawa tiada siapa boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

Manakala Perkara 152(6) pula kata beliau memperuntukkan bahawa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi.

"Berasas kepada kehendak Perkara 152(1) dan (6) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550, adalah wajib bagi semua mata peljaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu," jelas beliau.

Ismail turut menegaskan pelaksanaan PPSMI akan membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang.Gapena jelas beliau menyokong sekuatnya pengajaran bahasa Inggeris sebagai suatu bahasa, tetapi tidak melalui mata pelajaran Sains dan Matematik.

Selain Ismail, beberapa tokoh bahasa yang lain turut sama membuat laporan tersebut.Mereka terdiri dari Setiausaha Satu Gapena, Prof Madya Dato' Haji Zainal Abidin Borhan, Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan Rejab Ismail (Rejab F.I).Beberapa pejuang bahasa yang lain turut sama berada di luar balai polis tersebut untuk menyatakan sokongan atas tindakan yang dibuat Gapena itu.

(Harakah)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA