" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 February 2009

Muhammad Taib Pula Cakap Pasal Moral

Pelbagai pendapat telah di keutarakan terutamanya oleh Pemimpin2 UMNO di Selangor bilamana isu gambar separuh bogel YB Elizabeth Wong muncul. Persoalannya, kenapa isu ini timbul dalam keadaan sekarang dimana suasana politik dinegara kita semakin nampak bercelaru?

Hero2 UMNO mulalah menghukum mereka yang menjadi mangsa (bagi saya). Semua sudah maklum, gambar2 yang diambil itu semasa YB Eli sedang tidur, bermakna beliau dalam keadaan tidak sedar. Ini tidak sama dengan skandal yang melibatkan pemimpin2 UMNO/BN. Semua video atau gambar yang dirakam adalah dalam keadaan sedar....

Mungkinkah ini adalah tanda2 bermulanya serangan kepada kerajaan PR di Selangor? Muhammad bin Muhd Taib yang juga Pengerusi BN Selangor mulalah berkata-kata, "sehubungan itu PR khususnya di Selangor perlu membuat satu keputusan yang tepat kerana kes berkenaan telah menjejaskan anggota Exco berkenaan malah parti itu sendiri."

Semua orang tahu kesalahan yang Muhammad Taib telah lakukan. Kesalahannya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun' juga. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.

Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau juga dikatakan pernah menikahi anak Sultan Selangor (Ku Yah atau Joan Collins) tanpa keizinan, lebih kurang melarikan anak orang. Inilah kisah insan yang bernama Muhammad Muhd Taib yang penuh dengan skandal. Berfoya-foya dengan kemewahan yang ada menjadi agenda utama beliau......

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA