" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 February 2009

GMP Bidas Media Perkecil Kempen Mansuh PPSMI

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menempelak 'media massa tertentu' kerana didakwanya menggambarkan pejuang bahasa yang menentang dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 'seolah-olah bodoh dan fanatik'.

Pengerusi jawatankuasa induk gabungan NGO dan parti politik pembangkang itu, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, sejak mereka melancarkan kempen mansuhkan PPSMI di ibunegara hujung bulan lalu, terdapat usaha di media 'memunasabahkan perkara (PPSMI) yang salah'. Media2 itu hanya mengambil pandangan dari tepi2 jalan 'tetapi tidak bertanya langsung kepada tokoh dan pejuang bahasa'. Terdapat juga media yang mengadakan tinjauan pendapat umum 'tetapi hanya berdasarkan responden yang terhad antara 500 hingga 1,000 orang sahaja'.

Beliau berkata lagi,"Bagaimanakah kita hendak tentukan nasib bangsa (berdasarkan jumlah responden itu) sedangkan ratusan ribu pelajar mengalami masalah dengan dasar itu? Kita mahukan media tertentu menggunakan data untuk mempertahankan dasar itu. TV3 misalnya, patut bincangkan perkara ini. Cuba pergi ke Sarawak, duduk dalam kelas, tengok sendiri apa yang berlaku. Janganlah tanya makcik yang tengah goreng pisang, duduk di warung2.

Ditanya apakah tujuan media memberikan laporan negatif terhadap GMP, Dr Hassan berkata: "Itu kena tanya dia (media terbabit). Mungkin suara orang atas. Kalau cakap banyak kena buang !!!"

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA