" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 February 2009

Dato' Seri Nizar setuju keluar dari kediaman MB

MB PR, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.Bercakap dalam satu sidang akhbara di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.


Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut.Beliau juga mengumumkan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry. Tetapi beliau akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.


Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang2. Mengikut satu tinjauan, didapati 96 peratus rakyat Perak mahu PR terus memerintah negeri itu. Manakala SMS yang diterimanya pula menyokong beliau untuk terus memegang jawatan MB.


Minggu lalu, BN menubuhkan kerajaan baru (haram) di Perak selepas 4 wakil rakyat PR keluar parti. Seorang daripada mereka kembali semula ke pangkuan Umno manakala tiga lagi menjadi calon bebas dan menyokong BN.


Ekoran itu, Sultan Perak telah menitahkan kepada Nizar supaya melepaskan jawatan menteri besar tetapi beliau enggan berbuat demikian.Sebaliknya, beliau terus tinggal di kediaman rasmi menteri besar yang juga menjadi pusat pentadbirannya.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA