
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR mendakwa ceramah anjuran mereka di Bayan Baru pada Ahad lalu dibatalkan permitnya di saat2 akhir kerana wujudnya 'arahan khas daripada Bukit Aman.' Ceramah itu yang asalnya dijadual di padang dekat Sungai Nibong Tengah, bagaimanapun diteruskan di sebuah rumah berdekatan dengan kehadiran 2,000 orang penyokong. Badrul Hisham Shaharin mendakwa pihaknya dimaklumkan pembekuan itu selama dua minggu sehingga situasi di Perak 'kembali sejuk.'
Ketua AMK Bayan Baru, Asrizal Tahir adalah individu yang memohon permit itu memberitahu pada awalnya telah diluluskan. Tetapi sehari sebelum program, pihak polis telah memaklumkan permit itu telah dibatalkan. Pegawai Polis tersebut memberitahu bahawa semua ceramah dibekukan dalam masa terdekat, difahamkan dua minggu kerana ada sangkut-paut dengan situasi di Perak.
No comments:
Post a Comment