" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 February 2009

Bahasa Melambangkan Bangsa-malaysiakini

Bahasa Melayu samada sedar atau tidak, sebenarnya telah diracuni sekian lamanya. Tetapi kercunan yang berlaku keatas bahasa ini tidak ketara. Setelah racun yang paling kuat dan teruk iaitu penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains telah mengakibatkan bahasa Ibonda ini kian lama makin lemah.

Penggunaan istilah Inggeris telah mula meluas diatas dasar menonjolkan kebijaksanaan atau kecanggihan sesetengah individu. Saluran atau media kerajaan yang sepatutnya menjadi medan pemangkin memartabatkan bahasa mula hilang identitinya. Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui saluranya seperti RTM 1 dan 2 terlibat sama meracuni bahasa ini.


Saluran infoteinment yang digunakan RTM 1 suatu ketika dulu menunjukkan racun yang diberikan kepada bahasa ini. Apakah sebenarnya infoteinment? Adakah ia merupakan perkataan Melayu yang baru? Begitu juga dengan yang terkini dimana perkataan informasi digunakan. Sedangkan terdapat perkataan dalam bahasa Melayu yang sama iaitu maklumat. Perkataan-perkataan yang dipinjam daripada Inggeris kini sudah mula meluas digunakan dan menenggelamkan perkataan asalnya.


Adakah perlu kita meminjam perkataan daripada bahasa lain sedangkan perkataan dalam bahasa ini lebih indah dan elok? Pihak yang berwajib mula menujukkan sikap gelabahnya apabila penggunaan bahasa rojak (bahasa campur aduk Inggeris-Melayu) dikalangan marhaen berleluasa, tetapi siapa sebenarnya yang merojakkan bahasa itu dari awal?

Perkataan seperti idea yang asalnya buah fikiran, informasi iaitu maklumat, nasional yang asalnya kebangsaan digunakan. Apakah yang akan berlaku kepada perkataan-perkataan ini sedikit masa lagi. Adakah ia akan mula hilang dengan sendiri ditelan masa. Kini jika ditanya kepada anak-anak kecil pasti perkataan-perkataan yang tersebut lebih diketahui. Pasti suatu masa nanti bahasa Melayu akan terjumud dengan sendirinya akibat daripada orang Melayu itu sendiri.


Che Det dalam blognya, mengakui bahawa beliau adalah antara individu yang menjalankan penggunaan bahasa Inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains di sekolah. Pertububahan yang mana beliau pernah ketuai iaitu UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) lantang menyatakan bahawa mereka pejuang kepentingan Melayu. Tetapi hakikat yang nyata adalah mereka yang meracuni Melayu dengan membelakangi akta 152 yang juga mereka perjuangkan dahulu. Merekalah yang sebenarnya Melayu yang mudah lupa.


Alasan yang diberikan bahawa pengajaran dan pembelajaran matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris bahawa melaluinya para pelajar dapat menguasai nahasa Inggeris dengan lebin baik dan pelbagai lagi alasan yang digunakan bagi menegakkan benang yang basah. Tetapi sebenarnya jika dilihat daripada keputusan peperiksaan yang sebenarnya bahasa Inggeris tetap pada tahap yang sama. Jika alasan bahawa penggunaan bahasa Inggeris secara tidak langsungnya
dapat memajukan negara maka pendapat itu juga adalah mengarut sama sekali.

Negara-negara maju lain di dunia sebagai contohnya Jepun dan Perancis masik menjadi antara negara termaju dunia walhal mereka ini menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Kenapa tidak kita gunakan sahaja bahasa Jepun dalam pengajaran matematik dan sains jika diakui kini Jepun maju dalam sains dan teknologi.


UMNO yang dikatakan pejuang bangsa Melayu sebenarnya pengkhianat kepada bangsa itu sendiri. Mengapa mereka telah sekian lamanya merelakan pemimpin mereka bertindak sesuka hati? Kewujudan Gabungan Mansuh PPMS (GMP) adalah wajar bersama dengan GAPENA sendiri. Perhimpunan pada 2 Febuari adalah petanda awal dan biarlah Perhimpunan Raksasa pada 7 Mac nanti akan menjadi kenyataan.

Rakyat terutamanya bangsa Melayu perlu sedar dan bersatu menentangnya. Barisan Bertindak Bagi Hindu (HINDRAF) dan Dong Zhua juga bersama menentangnya. Patutkah kita Bangsa Melayu hanya berpeluk tubuh?

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA