" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

11 February 2009

Cara Pemimpin2 UMNO Berpolitik-malaysiakini

Cuba kita bayangkan ahli parti tu lebih kurang 3 juta orang dan kes rasuah atau politik wang dalam pemilihan parti adalah dianggarkan 900 kes. Jika dirujuk kekadaran rasuah: 1 rasuah/3.33 ribu ahli dan setiap ahli parti menyumbang 0.0003 rasuah. Itu baru pemilihan parti, bagaimana dengan urus tadbir negara? Terlalu banyak bayaran yang tidak sepatutnya dan pembelian lebih mahal dari harga sebenar.

Jika kita imbas kembali, terdapat kes rasuah seorang pegawai tentera, yang mana bayaran dibuat ke atas kerja2 yang tidak dilakukan. Maklumat dari pegawai kanan tentera mengatakan perkara tersebut dilakukan adalah untuk menjadikan mesyuarat NAM yang diadakan diPutrajaya pada masa itu agar nampak bergaya kerana PM Malaysia adalah Pengerusi NAM. Akhirnya dengan pegawai tersebut telah dikambing hitam.

Kemurahan Najib yang paling menonjol adalah meluluskan kontrak pembelian senjata Styer AUG daripada SME sedangkan senjata tersebut berlebihan. Dalam pengiraan seorang anggota tentera akan memiliki 4 buah senjata Styer AUG. Senjata ini tidak berkualiti dan sering mengalami permasalahan penggunaan iaitu tidak boleh terlalu kering atau basah.

Pembelian tank PT91 yang mempunyai banyak masalah semasa penggunaan dalam perang teluk. Ini telah dinyatakan dalam artikal berkenaan dengan kereta kebal ini. Pembelian kapal salam yang dilakukan oleh 2 negara yang berbeza atau 2 syarikat berbeza, adakah ini tidak memberi kesan terhadap jaminan kualiti dan perolehan alat ganti? Dalam pembelian tersebut Razak Baginda dapat RM 500 juta. Siapa Razak Baginda?

Zaman Najib menjadi Menteri Pertahanan, Malaysia mempunyai 2 orang lagi Menteri Pertahanan, yang pertama adalah isteri beliau yang menguasai tender pakaian celorang PLKN dan juga untuk tentera. Rosmah juga menjadi penyebab kenapa Hospital AT Kinrara ditutup dan hospital gantian di Setiawangsa belum pun siap. Yang ke-2 ialah adik bungsu Najib yang telah menjadikan KEMENTAH adalah pejabat beliau. Beliau begitu mudah untuk access masuk wisma pertahanan melalui pintu VIP sedang anggota tentera yang lain yang dah sah dia seorang tentera terpaksa mengambil access pas. Jadi itulah diantara sifat2 dermawan Najib yang tak lama lagi akan dinobatkan oleh anggota parti mereka (bukannya rakyat ) sebagai PM.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA