Pengerusi DAP Karpal Singh, disiasat polis lebih 2 jam berhubung kenyataan beliau yang dianggap mempertikaikan keputusan Sultan Perak memecat menteri besar PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau dipanggil ke IPK Kuala Lumpur mulai 6 petang tadi untuk memberi keterangan berhubung 2 laporan polis yang dibuat terhadapnya di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Beliau berkata,"Saya tidak mengganggu mereka, mereka yang mengganggu saya. Terpulanglah kepada peguam negara untuk mengambil tindakan ke atas saya. Saya tidak membuat apa2 kesalahan. Saya suarakan demi kepentingan negara dan rakyat. Saya juga merasa kerana lebih 84 aduan polis dibuat terhadap saya dalam tempoh tidak sampai seminggu.Semua aduan2 polis itu tidak berasas dan palsu sama sekali."
No comments:
Post a Comment