" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 February 2009

Kenyataan Media AIC,Isu Karpal

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ingin memberikan respon balas ke atas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin Pakatan Rakyat.


Isu yang dibangkitkan oleh Karpal kononnya Anwar yang mencetuskan budaya melompat parti adalah merupakan satu kenyataan yang tidak bersandar kepada sejarah. Apakah Karpal lupa bagaimana beberapa ADUN DAP dan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor di Kedah yang telah ditawarkan sogokan wang sebanyak jutaan ringgit sebaik sahaja Pilihanraya Umum Ke-12 menyaksikan Umno-BN kian nazak dek penangan rakyat?


AIC percaya bahawa apa yang berlaku di Perak ialah tidak sama sekali timbul berkenaan masalah lompat parti, sebaliknya lebih menjurus kepada krisis perlembagaan dan juga amalan politik yang terpalit dengan budaya rasuah, ugutan dan penindasan.Malah jika hendak menyabitkan amalan lompat parti dengan ikatan moral, ianya adalah satu hujah yang longgar.


Istilah ‘taubat’ yang digunakan oleh Karpal sendiri secara literal membuktikan bahawa apabila wujud kesedaran bagi mana-mana pihak bahawa platform perjuangan yang dibawa mereka adalah salah, mereka perlu memperbetulkan kesalahan tersebut dengan mencari platform perjuangan yang lebih baik dan tepat. Dalam konteks ini, lompat parti adalah satu mekanisme bagi pihak-pihak yang tertentu untuk beralih platform.


Apa yang menyedihkan ialah apabila Karpal sebagai seorang pemimpin politik veteran yang sepatutnya masak dengan asakan politik oleh Umno-BN yang kini sedaya-upaya memecah belahkan muafakat Pakatan Rakyat dan menyerang Anwar berikutan kredibiliti dan karisma Anwar yang diterima seluruh Malaysia. Trend asakan politik Umno-BN memperlihatkan bahawa Anwar adalah merupakan musuh utama Umno-BN kerana berpotensi menisankan agenda politik perkauman BN melalui muafakat Pakatan Rakyat yang lebih realistik dan proaktif.


AIC tidak terkejut sekiranya kenyataan Karpal ini akan dikutip sebagai agenda utama media-media arus perdana untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat. Dan adalah sangat malang sekiranya Karpal selaku politikus veteran boleh terjerumus di dalam permainan politik mentah yang menjadi amalan Umno-BN sejak sekian lama.


AIC berpendapat bahawa Karpal seharusnya menghormati ikatan yang dijalin oleh DAP, PAS dan KeADILan melalui Pakatan Rakyat untuk memperbincangkan sebarang agenda atau tindakan melalui platform Pakatan Rakyat, bukan bertindak secara one man show atas kapasiti peribadi yang akhirnya hanya memalitkan imej beliau sebagai pemimpin berpengalaman.


Sewajarnya sekarang fokus yang harus ditumpukan oleh Karpal ialah merangka strategi melalui platform Pakatan Rakyat, bukan mengeluh tanpa arah dan justifikasi yang jelas.


Muhammad Shukri Md Saad

Presiden Kelab Anwar Ibrahim

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA