" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

09 February 2009

Roslan Di Kebumi jam 6.00 petang ini-malaysiakini

Arwah,Pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan PR,adalah lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Sofiah,50 (isteri arwah),yang ditemui di Hospital Batu Gajah berkata, jenazah suaminya dijangka dikebumikan pada 6 petang ini di kampung Allahyarham di Changkat Larang, Lahat dekat Batu Gajah.Sebulan lepas,suaminya pernah pengsan semasa berada di Taiwan dan setelah menjalani pemeriksaan, doktor mendapati jantung Allahyarham besar dan kurang oksigen.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.Beliau dipercayai meninggal dunia ketika sedang mengayuh basikal.Arwah dikatakan telah menghantar keretanya ke sebuah pusat cucian kereta berhampiran rumahnya di Changkat Lallang dekat Batu Gajah.

Selepas mengadu sakit dada beliau meminjam basikal milik pekerja pusat tersebut untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat.Sebaik mengayuh basikal beberapa meter,beliau dikatakan terjatuh,lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia.Ketua Polis Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, Roslan ditemui terjatuh di bahu jalan oleh ramai kira-kira pukul 11.15 pagi.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA