" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 February 2009

Che Det:Pengajaran Untuk Anwar

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Sandiwara politik di Perak sekarang sebagai menggelikan hati.Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar PR tidak hendak berhenti jadi MB.Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

DSAI akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara tersebut kerana beliau yang beria-ia sangat untuk ada 'lompat katak yang terbesar' pada September 16.Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (Adun Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah...

PR Perak boleh bentuk kerajaan minoriti kerana demokrasi mengizinkannya.Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang.

Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?Jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri?

Keadaan seperti ini masih kelabu,tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.Ada kemungkinan pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah kerajaan yang halal.Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan ini.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA