" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 January 2009

PENGUNDI KT DISERU WASPADA POLITIK WANG

Pengundi di P36 Parlimen Kuala Terengganu diberi nasihat agar berhati-hati dalam menangani politik wang yang dijangka hebat di pilihanraya kecil ini, demikian diberitahu oleh Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri hari ini dan berharap agar semua pihak berwaspada terhadap politik wang yang kini telah dilaporkan bermula dan diharap pengundi di kawasan tersebut bijak membuat pilihan terhadap calon wakil rakyat mereka nanti.

"Politik wang yang merupakan satu barah dalam negara kita dan rakyat seharusnya menolak mereka yang mengamalkan politik wang ini"ujar beliau.

"Sebelum ini, kerajaan Pusat telah mengisytiharkan sejumlah RM 6.1 juta bagi pembangunan kaum cina di Kuala Terengganu dan ia seolah-olah untuk memancing undi kaum cina di kawasan tersebut.

Husam berharap semua kaum yang terlibat dengan pengundian dalam parlimen Kuala Terengganu tersebut tidak termakan dengan cara pancing undi yang dibuat oleh Umno/BN tersebut.

Mengenai dakwaan PAS turut memberi habuan wang kepada penduduk kawasan tersebut, beliau menafikan dan diharap pihak yang mendakwa berlakunya suasana tersebut dalam PAS agar tampil memberi maklumat"katanya lagi.

Menyentuh kepada calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut yang agak lewat diumumkan, beliau berkata ia adalah merupakan satu strategi PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Nampaknya Umno terlalu ghairah mengistiharkan calonnya dan kini calonnya telah terdedah kepada kritikan dan serangan dari dalam Umno sendiri dan strategi PAS agak bijak dalam hal ini,"kata beliau. (Harakah)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA