" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 January 2009

BN,PR Mampu Himpun 500 ribu Rakyat Kutuk Zionis

ISNIN ini ahli Parlimen Malaysia akan berhimpun untuk mengadakan sidang khas bagi mengambil resolusi berhubung keganasan dan pembunuhan di Semenanjung Gaza oleh regim terkutuk Israel. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan usul manakala Menteri Luar, Rais Yatim akan menggulung.

Kita berharap semua ahli Parlimen akan mengambil bahagian dan diberikan masa secukupnya untuk membahas isu Palestin dan kekejaman Israel itu.

Adalah diharap persidangan Parlimen Isnin ini bukan saja setakat mengambil beberapa resolusi mengutuk Israel dan melayarkan simpati kepada rakyat Palestin tetapi ia perlu disusuli dengan tindakan fizikal yang lebih berkesan ke atas Israel dan sekutu yang bersekongkol dengannya.

Kalau setakat bersidang untuk merekodkan komitmen kita terhadap apa yang berlaku di Gaza itu dan dirakamkan dalam hanserd Parlimen tidak ada gunanya.

Misalnya langkah agar memulaukan barangan keluaran Yahudi adalah langkah yang tepat. Kempen pemulauan itu perlu diperluaskan dan kalau boleh biarlah kerajaan sendiri mengambil bahagian secara proaktif.

Penghebahan jenis-jenis barang keluaran Yahudi dan negara sekutu menyokong tindakan membunuh rakyat Palestin boleh dibuat menerusi televisyen dan juga akhbar arus perdana. Jika perlu dan mempunyai peruntukan, poster kutukan dan perilaku kejam terhadap Israel dan regim Zionis itu boleh disebar dan ditampal di mana-mana tempat awam.

Mungkin juga kalau munasabah boleh ditampal selang seli bersama poster dacing dan bulan purnama pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang sedang berlangsung kini.

Tidak ada guna kalau hanya resolusi dibuat tetapi tindakan susulannya tidak ada. Selalunya begitulah berlaku. Kita hanya mengutuk dan memaki hamun Isarel membakar bendera negara mereka atau replika pemimpin negara berkenaan.

Membuat revolusi dan serahkan kepada Amerika dan pihak bersangkutan. Impaknya tidak seberapa. Jadi suara itu tidak ubah seperti mahu menolak gunung dengan tangan.

Jika dinilai dari segi keimanan ternyata tindakan begitu adalah serendah-rendah iman. Iman paling tinggi ialah mencegahnya dengan tangan, misalnya menghantar ketenteraan, sukarelawan ke Gaza untuk sama-sama mempertahankan tanah air rakyat Palestin. Apakah ada dikalangan kita rela berkorban untuk mempertahankan kebenaran!

Biarlah tidak mengapa kalau kita bertindak dengan tahap iman paling rendah asalkan kita berbuat sesuatu untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran. Tindakan sebegitu lebih baik daripada kita hanya menjadi pemerhati saja.

Selain memboikot barangan keluaran Yahudi mungkin juga tindakan diplomatik ke atas negara yang terbabit bersubahat dengan pembunuhan boleh dilakukan. Kepentingan-kepentingan Isarel dan Yahudi yang terdapat di negara kita atau masih digunakan oleh rakyat kita hendaklah diputuskan atau dilarang.

Kalau tindakan pemulauan dan tindakan fizikal itu menyeluruh pasti ianya akan memberi kesan.

Selepas sidang Parlimen nanti apakah kalau parti-parti politik di negara ini sepakat mengadakan perhimpunan ala-ala tunjuk perasaan mengutuk Israel dan Amerika. Mengapa parti politik utama tidak boleh duduk semeja untuk mengambil tindakan ke atas Israel ini. Belum pernah berlaku semua parti politik mengadakan himpunan perdana untuk sesuatu tujuan yang murni.

Mungkin sekiranya Umno, Pas, DAP, PKR dan lain-lain parti boleh duduk sekali, berhimpun ia akan menjadi satu sejarah dan apa lagi kalau kehadirannya mencecah 500,000 ia boleh dicatat dalam buku guinness books of record sebagai perhimpunan terbesar di negara ini.

Sudah tentu perhimpunan itu akan melahirkan rasa simpati besar kepada Israel dan tentunya akan menjadi iktibar dan sejarah untuk bangsa kita sendiri. Manalah tahu dengan berlakunya perhimpunan itu ia akan mendekatkan sesama kita bagi mengukuhkan kedudukan kita dan menjaga keamanan Malaysia yang disayangi ini. (MSO)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA