" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 January 2009

DSAI:Kutuk Israel tapi ISA tidak dihapuskan

Walaupun mengutuk pencabulan Israel terhadap hak asasi manusia, kerajaan didakwa tidak konsisten menyatakan sikapnya berhubung prinsip itu, antaranya kerana terus menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

“Oleh itu, manakala kita mengutuk tindakan Israel yang mencabuli hak asasi manusia dan beberapa piagam penting seperti Deklarasi Hak Asasi Sejagat dan Konvensyen Geneva, janganlah pula hak asasi di Malaysia diceroboh.Kerajaan Malaysia juga semestinya konsisten di dalam menyatakan sikap,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dari sudut esensinya, Pakatan Rakyat menentang dan mengutuk sebarang bentuk kezaliman walau di mana ianya berlaku dan siapapun pelakunya, baik ianya (dilakukan) Israel, Amerika Syarikat, mahupun oleh rerajaan Malaysia,”.Beliau berkata demikian dalam sidang khas Parlimen mengenai Gaza bagi membela nasib rakyat Palestin yang kini menderita akibat serangan rejim Israel ke atas mereka.
Membahaskan lanjut perkara itu, Anwar berkata, sudah tiba masanya, akta kontroversi ISA yang disifatkannya sebagai “undang-undang kuku besi” dihapuskan.Anwar turut mengambil peluang itu mengkritik penahanan 21 orang termasuk ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan beberapa pemimpin Parti Sosiallis Malaysia (PSM) dalam satu perhimpunan anti-perang di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA