" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 January 2009

Brigade al-Qassam berjaya menembak helikopter Israel.

Terkini:Briged Izzuddin Al-Qossam, sayap gerakan pejuang Hamas menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya menembak helikopter tempur Israel, ketika bergerak di ruang udara Gaza petang Ahad (11/1) hingga terpaksa melakukan pendaratan cemas. Dalam keterangannya, roket anti pesawat milik al-Qossam berjaya merosakkan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat cemas.
Sementara itu, sumber rejim Zionis menyebutkan kepada media Zionis bahawa Briged Al-Qossam untuk pertama kalinya menggunakan senjata anti pesawat. Hal ini tentu memberi kesan terhadap serangan pesawat tempur Israel ke Gaza. Sumber keselamatan Zionis menyebutkan, para pejuang Palestin telah menggunakan senjata anti pesawat canggih untuk menghalang pasawat tempur Israel pada akhir minggu ini. Serangan ini merupakan pertama kalinya dilakukan para pejuang Palestin dalam pertempuran melawan pasukan Israel melalui darat, laut dan udara.

Pihak pejuang Palestin menyatakan, pihaknya bersama seluruh sayap tempur Palestin menyatakan masih tetap mampu melawan Zionis, walaupun sudah berlangsung 16 hari serangan ganas Israel ke wilayah Gaza. Ia mengatakan, pihaknya masih mampu memberikan kejutan-kejutan lain kepada Israel, jika mereka tetap meneruskan serangannya ke pelbagai kawasan penempatan penduduk.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA