Adakah keimanan seseorang umat itu ditentukan dengan sebesar mana serban yang dipakai atau sehebat mana jubah yang dipakai? Adakah Allah menilai keimanan seseorang itu hanya degan berpakaian sedemikian? Adakah dengan bertakbir dengan suara yang kuat dan keras dapat menjamin syurga bagi kita,sedangkan isinya kosong semata-mata?Mungkin kita sudah lupa bahawa tatkala kita melafaz shahadah perlu datang dari hati dan kemudiannya nyata melalui kata. Tapi kini menjadi suatu trend bahawa islam hanya sekadar mainan kata bukan penghayatan dihati.
Peruntukan perundangan menyatakan bahawa individu yang dibenarkan memakai serban adalah individu yang mana berketurunan sikh,seorang yang bergelar haji dan seorang lebai. Pemasalahan ini terjadi apabila istilah lebai disalah mengertikan dengan sebetulnya pada perkataan yang betul pada maksudnya. Bagi individu berketurunan sikh mahupun yang bergelar Haji itu tidak menjadi suatu isu. Tetapi apabila berkaitan istilah lebai,maka ia menjadi sesuatu perkara yang diperdebatkan. Lebai bagi maksud yang dinyatakan dalam kamus dewan adalah individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai perkara berkaitan agama Islam.
Jika diperhalusi kes yang terjadi keatas pelajar di pusat pengajian Islam baru2 ini pada dasarnya tidak layak diangkat sebagai lebai lagi. Sebagai contohnya seorang individu yang belajar di kolej perubatan pastinya tidak dianggap sebagai doktor lagi sebelum menghabiskan pengajiannya. Begitu juga yang terjadi kepada individu ini yang mana beliau masih lagi menuntut.Maka ianya belum lagi layak dipanggil lebai..
Kita perlu lebih memahami dan menilai mana yang fardhu kifayah dan mana yang fardhu ain keatas kita. Anjakan paradigma perlu ada dalam pemikiran kita. Syurga dan neraka adalah hak Allah keatas umatnya. Bukan hak individu yang kini lebih pendai menghukum dari mengubah. Jangan sampai telunjuk sahaja yang lurus sedangkan kelinking kita berkait. Semangat yang ada perlu digembleng untuk keutuhan ummah bukannya meruntuhkan ukhwah ummah yang ada.Isu yang perlu diberikan perhatian menyepi dan hilang dengan sendiri tetapi isu yang hanya merangkumi kepentingan diri terus didahului. Janganlah kita menggadaikan kesucian Islam demi kerakusan ideologi dan kepentingan diri.
No comments:
Post a Comment