
"Kami telah memberi amaran kepada anda sebelum ini bahawa kami akan menyerang kawasan yang lebih jauh dan bandar raya lain, tetapi anda seperti tidak mengendahkan dan kami berkata pada hari ini yang kekejaman keatas satu setengah juta rakyat Palestin tidak pernah berhenti, maka kita memutuskan untuk memasukkan lebih dari jumlah yang di sebutkan ke dalam julat bagi roket kami”, jurucakap Al Qassam, Abu Obeida berkata yang ditujukan kepada pimpinan Israel.
Abu Obeida menambah bahawa banyak lagi kejutan menanti penduduk Israel.Mereka bertekad untuk memberikan kejutan-kejutan dalam usaha menghancurkan Zionis-Yahudi.
Selepas 10 hari bertempur, gerakan pejuang memberikan kejutan dengan menggunakan senjata-senjata baru yang belum pernah digunakan. Antaranya ialah roket yang boleh mencapai sejauh 60km. Ini sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh Zionis-Yahudi.
Selain daripada itu, tentera Yahudi juga tidak dapat untuk menangkis serangan yang ditujukan ke pesawat-pesawat mereka sungguhpun dilengkapi peralatan canggih. Para mujahidin menegaskan mereka tidak akan menggunakan keseluruhan kekuatan yang ada.
Brigade Izzuddin al-Qossam, sayap tentera Hamas hanya bersendirian dalam memerangi Zionis namun mampu membunuh 11 org tentera mereka. Ini suatu angka yang jauh lebih banyak daripada jumlah syuhada dari kalangan al-Qossam.
No comments:
Post a Comment