
Selamat Datang ke Terengganu. Bahang pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu seolah-olah terasa kepada kami untuk menjengok ke negeri Penyu Menangis ini (Menangis sebab diperintah oleh parti yang tidak memperjuangkan ISLAM secara total)
Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu.. Pantainya yang Berpohon RHU amat Indah, Nyaman dan Segar dengan bayu laut yang menerjah ke wajah. Saya cadangkan tuan/puan berkunjung ke Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Ada beberapa buah restoran makanan laut (seafood) di sekitar Pantai Air Tawar, Besut.
Pantai cantik, semua ok..tapi…ini lah yang kami jumpai semasamenikmati rahmat tuhanini..Kami jadi hairan dan naik bingung...macam mana benda berbahaya macam ini boleh terdampar di tepian pantai nan indah ini.
Jikalau ianya datang dari pihak hopistal/klinik...adakah ianya logik dibuang ke dalam laut yang akhirnya pasti akan terdampar dibawa arus ombak di pantai,jikalau ianya datang dari hasil aktiviti penagihan dadah...
Kami tidak pasti sama ada picagari yang masih terpasang dengan jarum ini sudah digunakan atau tidak...wallah huallam.Bayangkan, jika jarum suntikan ini terkena kaki kanak-kanak dan dewasa
yang berkunjung di pantai ini...ataupun ianya menjadi mainan anak-anak kecil.
Bayangkan, jika jarum suntikan ini terkena kaki saya ...Ya, cuba bayang kan,cuba pikirkan kesannya..kami ajak anda berfikir sejenak.Paling dasyat...jika ianya pernah digunakan oleh penagih yang ada H.I.V Positif...dan tercucuk di kaki anda..
Apakah peranan dan tanggungjawab kerajaan UMNO/BARISAN NASIONAL Terengganu dalam isu "Jarum Suntikan Dijumpai di Pantai Air Tawar,Besut, Terengganu" ini?
Mungkin dengan pendedahan kecil ini, pihak yang bertanggungjawab dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan di pantai-pantai yang menjadi pusat pelancongan di seluruh Malaysia. Saya fikir masalah sama mungkin berlaku di semua negeri di malaysia.
Apakah peranan pihak berwajib dalam membanteras gejala penagihan dadah yang diungguli oleh anak-anak melayu.?
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment