" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 January 2009

Dr.Syed Hussin Ali Bakal Ketuai 3,000 Ahli Di Kuala Trengganu Esok !!

Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali akan mengetuai kira-kira 3000 ahli KeADILan ketika berarak bagi menyokong calon Pas pada penamaan calon esok di Kuala Terengganu.
Menurut Naib Presiden KeADILan Mustafa Kamil Ayob yang juga memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil P36 Terengganu bagi KeADILan, kira-kira 3000 ahli KeADILan akan bersama-sama pemimpin akan hadir esok.
“Kami difahamkan kira-kira 3000 ahli KeADILan dari seluruh Malaysia akan hadir esok dan ianya akan dipimpin oleh Dr Syed Husin,” katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum, Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak.
“Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita,” menurut Anwar. Anwar yang kini berada di Turki dijadualkan pulang dari negara berkenaan hari ini, dan akan merasmikan Bilik Gerakan Utama KeADILan di dun Bandar, Kuala Terengganu esok.
Menurut laporan media, BN akan mengharungi saingan di bawah tema “BN Mesra Rakyat” manakala PAS membawa tema “Perubahan Untuk Kemenangan Rakyat”. Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga Adun Wakaf Mempelam diumumkan calon Pas pada 1 Januari lalu akan menetang hebat calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Selain itu, beberapa laporan media turut menyebut dua calon Bebas termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin dan seorang dipercayai daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad.
Penamaan calon telah ditetapkan esok manakala hari pembuangan undi jatuh pada 17 Januari dengan masa berkempen selama 11 hari. Sesi penyerahan borang penamaan calon akan dibuat pada jam 9 hingga 11 pagi di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA