" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

02 January 2009

HASRAT BN HANCURKAN PR GAGAL

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, hasrat Barisan Nasional (BN) untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 yang lalu gagal dan menemui jalan buntu.

Menurutnya, BN terlupa asas kepada permuafakatan itu berpasak kuat daripada cita-cita untuk memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan yang besar melewati sempadan kaum dan politik kepartian.

“Sepanjang tahun lepas tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini. Pilihan Raya Umum ke-12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan majoriti 2/3 BN. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; PAS, DAP dan PKR melahirkan PR,” katanya dalam satu kenyataan ketika menyampaikan perutusan tahun baru 2009.

Wan Azizah berkata, tahun 2008 menyaksikan bagaimana kerajaan BN yang dipimpin UMNO tidak pernah digugat kedudukannya sebelum ini telah mengalami akibat teruk hasil kehendak rakyat.Menurutnya, tahun 2008 telah membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan.

“Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan untuk merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, negara sedang berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu seterusnya membawa kesan kepada rakyat jelata.Beliau berkata, kadar inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak sekali gus membawa kegelisahan masyarakat.

“Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri juga terhadap sistem kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan penafian. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur,” katanya.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA