" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

03 January 2009

BAYI BERTUAH TERLEPAS DARI MAUT..

“Cukuplah...saya tak mahu kehilangan Noraihah Nabila pula. Dialah satu-satunya zuriat saya sekarang. Saya berdoa ke hadrat Ilahi agar nyawa anak bongsu saya itu dapat diselamatkan,” kata Abdul Rahim Jaafar, 35.

Bayinya, Noraihah Nabila, 18 bulan, terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan 10 mangsa membabitkan tiga kenderaan kira-kira jam 10.30 pagi di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Sejuk, dekat sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, dia difahamkan Noraihah Nabila tercampak keluar dari Perodua Kancil dipandu isteri, Hasliza Md Zain, 32, selepas terlepas daripada dakapan ibu saudara di sebelah kiri pemandu.

Walaupun pasrah dengan kehilangan lima insan tersayang iaitu Hasliza dan tiga anak mereka, adik iparnya, Maiziatul Shah Lia Md Zin, 29, dia tidak putus-putus berdoa di sisi Noraihah Nabila ketika menemani anak bongsunya itu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) di Kota Bharu, semalam.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA