" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 January 2009

Tiada jaminan IJN tidak dijual

Pembatalan hasrat Sime Darby mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) bukan satu jaminan kerajaan tidak akan menjual institusi kesihatan itu kepada syarikat swasta yang lain kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.

Mahfuz menegaskan pada prinsipnya kerajaan telah bersetuju untuk menjual IJN kepada pihak swasta.

Oleh yang demikian tegas beliau, tidak mustahil IJN atau mana-mana hospital kerajaan akan dijual kepada pihak swasta yang lain biarpun Sime Darby telah membatalkan hasrat mereka.

"Baru-baru ini kerajaan mengumumkan menangguhkan hasrat menjual IJN kepada Sime Darby bukan membatalkan.

"Jadi bila Sime Darby membatalkan hasrat mereka bukan bermakna institusi itu tidak akan dijual kepada pihak lain," tegas beliau.

Beliau berkata kemungkinan selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu kerajaan akan menjual IJN kepada pihak swasta yang lain jika ada tawaran untuk membeli kepentingan institusi tersebut.

Mahfuz juga kesal kerana kerajaan tidak peka dengan tuntutan rakyat dalam soal penswastaan hospital milik kerajaan.

Dalam soal IJN kata beliau, Sime Darby dilihat lebih peka berbanding kerajaan kerana membatalkan hasrat mereka untuk mengambil alih institusi tersebut.

"Pendirian kerajaan dalam soal ini amat dikesali kerana kepentingan rakyat tidak diambil kira," jelas beliau dan mendedahkan kerajaan sekarang ini dalam proses menswastakan unit patologi hospital kerajaan.

Perkembangan ini kata beliau, amat membimbangkan rakyat kerana ada pihak akan mengaut keuntungan dari penswastaan ini. (Harakah)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA