" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

14 January 2009

Rumah ibadat Yahudi di Paris diserang

Dua bom petrol dilontar ke sebuah pusat komuniti yang menempatkan rumah ibadat Yahudi di Saint-Denis utara Paris, Perancis kelmarin bagi membantah keganasan Israel di Genting Gaza, kata polis.

Pihak polis berkata, bom tersebut menyebabkan sebuah restoran berhampiran rumah ibadat tersebut rosak tetapi tiada kecederaan dilaporkan.Satu tingkap restoran itu pecah manakala dinding premis berkenaan juga hitam kerana disambar api.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Michele Alliot-Marie berkata, serangan yang berlaku di Saint-Denis itu merupakan satu tindakan penakut dan tidak boleh diterima.

Insiden itu merupakan bantahan anti Yahudi terbaru di Perancis sejak Israel melancarkan operasi ketenteraan di Gaza pada bulan lalu.Israel melancarkan serangan besar-besaran di Genting Gaza dengan alasan untuk menghentikan pelancaran roket oleh pejuang Hamas.Serangan itu menyebabkan keadaan Perancis menjadi tegang kerana ia mempunyai jumlah penduduk Yahudi serta Islam teramai di Eropah Barat. - AP

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA