" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 January 2009

Fong Kui Lun(DAP) Kekal Sebagai MP Bukit Bintang


Wakil DAP Fong Kui Lun kekal sebagai Anggota Parlimen Bukit Bintang setelah Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan calon BN Datuk Dr Lee Chong Meng menarik balik rayuannya bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Augustine Paul dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Lee untuk menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyennya Julai lepas.
Pada 25 April lalu, Lee memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa pilihan raya bagi kawasan itu sebagai batal dan tidak sah. Beliau juga menuntut Fong, yang menang dengan majoriti 14,277 undi setelah memperoleh 26,811 undi, tidak dipilih dengan sewajarnya pada pilihan raya itu.
Bagaimanapun petisyen itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 11 Julai setelah mendapati Lee gagal mematuhi keperluan Seksyen 32C Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menghendaki beliau membekalkan fakta-fakta penting berhubung dakwaan amalan rasuah oleh calon DAP itu semasa hari pengundian.
Di luar mahkamah, Fong memberitahu pemberita beliau amat lega terhadap keputusan itu dan berkata kemenangannya dalam pilihan raya lalu adalah keputusan pengundi yang telah mengundinya dengan sah. Lee diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Karpal Singh bertindak bagi Fong.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA