" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 January 2009

Sasaran terbaru rejim Zionis adalah hospital as Shifa

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melihat seluruh hospital dan institusinya di Semenanjung Gaza menjadi sasaran serangan artileri Israel dan tidak ada jaminan perlindungan atas sebarang serangan. Pengarah Bahagian Kecemasan dan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain mengingatkan bahawa serangan Israel terhadap hospital as Shifa akan mengakibatkan ribuan syuhada (gugur).

Beliau menafi keras apa yang disiarkan media Israel mengenai maklumat yang menyebutkan bahawa gerakan Hamas menjadikan terowong di bawah hospital as Shifa sebagai tempat persembunyian mereka.

Dr. Muawiyah menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel sebelumnya pernah menggempur kompleks perubatan as Shifa. Demikian juga hospital Muhammad Dura dan beberapa klinik dan hospital di Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan bahawa badan-badan perubatan terdedah kepada serangan artileri dan pesawat tempur Israel. Militan Zionis akan melakukannya bila-bila masa sahaja. Jika ini berlaku maka ribuan penduduk Palestin akan gugur. Pada masa sama beliau menolak adanya bantuan perubatan yang sudah masuk ke Semenanjung Gaza sebagaimana didakwa oleh pihak Zionis.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA