Saya baru sahaja mendapat taklimat daripada Saudara Kamarulzaman, peguam yang ditugaskan untuk mengendalikan penangkapan pimpinan AMK Trengganu diketuai oleh Fariz Musa. Pihak polis telah membuat permohonan supaya mereka semua ditahan reman selama 4 hari mulai hari ini. Hujah mereka ialah memandangkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 1 tahun atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya sekali maka pasukan polis memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikan siasatan.
Saya difahamkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan mencetak gambar yang tidak mempunyai penerbit dan pencetak.
Jadi hati-hati rakyat Malaysia, jangan cetak gambar sembarangan walaupun gambar kenduri kahwin sebab kena pastikan gambar tersebut mempunyai permit !
Come on la Najib, gambar Altantuya pun takut ka…
Samsul Iskandar
No comments:
Post a Comment